Online Experience : Normal Baru Industri Pelancongan

Banyak tour operator dan destinasi pelancongan mula beralih kepada inisiatif untuk mewujudkan online experience, kelas, tour malah menjual cenderahati secara online.
.
Ramai yang meragui kerana ia tidak dapat menggantikan travel secara fizikal, tetapi industri ketika dan pasca Covid19 memerlukan semua pihak untuk berubah. Banyak pelanggan kini terbatas dan ramai host mula mencari sumber pendapatan lain.

Sejak beberapa minggu lalu, GetYourGuide, Withlocals dan beberapa perkhidmatan tempahan secara sightseeing sudah mula menawarkan khidmat yang yang sama. Ia merupakan antara aktiviti yang dapat mengganti pendapatan tour yang kehilangan pendapatan ketika pandemik.

GetYourGuide telah memulakan program The World at Home dimana ia menawarkan Livestream Facebook yang dikendalikan oleh profesional. .

Withlocal pula memulakan Withlocals Live yang membariskan 20 orang tempatan dan 15 bandar di seluruh dunia. Lebih lebih 200 orang menonton rancangan membuat pasta dalam selama satu jam yang bersiaran dari Rome, Italy..Usaha dua laman web ini meneruskan inisiatif yang telah dimulakan oleh Airbnb Experiences sejak tahun 2017 lagi.

Walks pula muncul sebagai platform yang membawa online experience dan online tours ke negara terpilih diseluruh dunia..Bagi destinasi budaya dan muzium, kewujudan virtual tour dan virtual game kini menjadi satu pilihan.

Memang virtual tour telah berlaku lebih awal lagi, tetapi suasana dunia hanya akan menyebabkan pertumbuhan virtual tour yang lebih cepat. Destinasi utama seperti zoo dan akuarium sangat berpotensi untuk membangunkan platform baru ini.

Contohnya Shedd Aquarium, memberikan tour of peguins melalui Twitter. .Chicago’s Field Museum pula mewujudkan watak ‘Sue the T Rex’ untuk berkongsi pengalaman ‘Museum at home’ juga melalui Twitter. Ini adalah untuk masa menjadi kreatif.

Ini adalah masa untuk mencuba apa yang menjadi apa yang tidak. Kalau tidak dipecahkan ruyung, mana mungkin dapat sagunya.