Jom Jalan Ke Wuhan! Idea Gila.

Salam semua.

Kalau saya ajak pergi jalan-jalan ke Wuhan, rasanya ada yang mahu ikut tak agaknya?

9/10 orang berkata saya gila. Siapa yang mahu pergi ke situ, tempat yang akan lekat di ingatan sebagai bandar pusat bermulanya pandemik Covid19.

Tapi kali ini saya nak share sedikit tentang usaha mengubah persepsi negatif terhadap Wuhan melalui online experience dan virtual tour.

Ini merupakan usaha Akim Zhou seorang pelajar di Sydney yang kembali pulang ke kampungnya di Wuhan. Dia membesar di sana dan mahu bandar itu memberikan sesuatu yang positif kepada dunia. Walau pun Wuhan tidak sebesar Beijing atau Shanghai, tetapi ia mempunyai banyak tempat menarik yang tidak diketahui ramai.

Antara tempat menarik yang diterangkan Zhou adalah seperti Street Food Culture, Pasar Antik, Sungai Yangtze dan 164 tasik berhampiran dan tentunya universiti yang berprestij dan bersejarah.

Places of interest in China

Zhou juga bercerita tentang pengalaman hidup di Wuhan bersama 11 juta penduduk yang lain sebaik sahaja bandar itu dibuka selepas Coronavirus outbreak, dan bagaimana kecoh dan serabutnya ketika itu. Ini insiders story.

Satu perkara yang menarik ialah Zhou BUKAN tour guide profesional. Tetapi usahanya ini telah menarik perhatian Walks, sebuah syarikat kembara online untuk menerbitkan siri tentang bandar Wuhan.

Siri kembara ini akan dibuat secara online dan dibuat pada setiap Khamis selama 3 minggu bermula 30 April jam 7pm waktu tempatan. Penyertaan cuma USD10 dan peserta juga akan diberikan voucher percuma USD25 untuk live tour akan datang yang boleh ditebus dalam masa 2 tahun.

Menurut Walks, siri ini bukan sahaja memberi inspirasi untuk orang datang ke Wuhan, tetapi untuk mengubah paradigma tentang pelancongan dan menerima fungsi storyteller secara meluas.

Dunia kembara akan berubah pada masa hadapan. Dengan kewujudan semakin banyak online experience dan online tour, jumlah prospek dijangka akan bertambah.

Online experience memberikan mereka pendedahan dan pendidikan destinasi, dan akan mula membenihkan rasa keterujaan terhadap sesuatu tempat yang bakal mereka lawati suatu hari nanti.

Online experience Wuhan ini membuka mata kita untuk berfikir. Sekiranya persepsi serong Wuhan boleh diubah dengan kaedah online experience dan online tours, bayangkan kesan positif yang akan diberikan kepada destinasi travel masing-masing.

Online experience adalah suatu bidang yang perlu diperbanyakkan dalam pelancongan di Malaysia kerana ia akan membuka saluran baru pelancongan dengan kepelbagaian destinasi.

Jika orang tidak boleh travel, kita yang membawa pengalaman travel kepada orang lain.