Maklumat Destinasi
- Jepun merupakan negara yang dikelilingi laut dan mempunyai empat pulau utama iaiatu Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu.
- Terdapat 47 buah negeri atau dikenali sebagai Prefecture.
- Yang paling utara adalah Hokkaido dan yang paling selatan adalah Okinawa.
- Suhu antara kedua-dua lokasi ini amat berbeza memandangkankedudukannya yang memanjang dari utara ke selatan merentasi beberapa garisan lintang.
- Bandaraya terbesar adalah Tokyo dikuti oleh Yokohama dan Osaka.
- Selain dari itu, jepun juga dibahagi berdasarkan kawasan (regional) iaitu Hokkaido, Tohoku, Kanto, Tokai, Kansai, Chugoku, Shikoku dan Kyushu.
- Setiap kawasan mempuyai keistimawaan tersendiri meliputi budaya, makanan termasuk juga dialek.
- Dialek Kansai atau dikenali dengan Kansai-ben merupakan dialek yang selalu digunakan juga selain Bahasa Jepun standard.
- Projek ini cuba untuk merangkumi destinasi-destinasi menarik yang boleh dipasarkan selain destinasi-destinasi yang selalu dibuat oleh kebanyakan syarikat pelancongan.
- Projek pertama yang dirancang adalah Pengembaraan Musim Sejuk Hokkaido yang menjanjikan satu pengalaman menarik walaupun dalam keadaan ekstrim dimana kebiasaannya suhu adalah dibawah paras beku.
- Banyak aktiviti-aktiviti menarik musim sejuk yang sangat popular terutamanya di Hokkaido pada musim sejuk ini antaranya seperti berikut:
-
- Memancing ikan diatas tasik yang beku
- Menaiki bot pemecah ais
- Merasai pengalaman menaiki Snow Banana dan Snow Rafting (pastikan anda tidak jatuh ya!)
- Merasai pengalaman bermain ski dan snowboard dengan dry powder snow
- Melawat festival-festival ais yang banyak diadakan di beberapa tempat sepanjang musim sejuk di Hokkaido
- Dan banyak lagi aktiviti menarik yang ditawarkan sepanjang musim sejuk
- Musim sejuk bukanlah hanya untuk duduk dibawah selimut sahaja sebab banyak aktiviti menarik yang boleh di rasai
- Anda bersedia untuk semua ini?
- Susukino Ice Festival
- Igloo Shikaribetsuko
- Ice Drift
- dav
- Snow Banana
- dav
Adakah Anda Yang Kami Cari?
- Suka pengalaman dan cabaran baru.
- Berminat dan sabra dalam melayan karenah orang
- Mempuyai perwatakan yang positif dan ceria
- Boleh menyelesaikan masalah yang timbul tanpa diduga.
- Selalu sedia dengan plan B, C sampai Z
- Mempunyai asa Bahasa Jepun atau berminat untuk belajar asas Bahasa Jepun.
- Mengamalkan tatacara seorang Muslim (bukan nak suruh jadi ustaz tapi asalkan tahu dan amalkan yang mana wajib dan yang mana dilarang dalam Islam)
- Umur, jantina dan taraf perkhawinan tidak menjadi isu kecuali perempuan yang sudah berkahwin kerana tanggungjawap seorang isteri dan ibu adalah sangat berat, jadi tidak mahu ada masalah disitu.
- Mempunyai lesen memandu merupakan satu kelebihan.(Kalau ada lesen memandu kelas E, ianya satu bonus yang baik)
Foto Training Yang Lalu