Western Europe

Bonjour ! Hallo ! Buongiorno ! Buenos dias !

Penerangan Lokasi/Negara

Secara umum, benua Eropah adalah benua yang cukup unik :

  • Mempunyai banyak negara
  • Negara² yang tidak besar (tidak hairan para pengembara kita mampu untuk mengembara 6 negara dalam mase 7-8 hari hah !)*lagipon, kite kan kalau boleh, seminggu nak mengembara 16 negara ! ceit !
  • ‘Borderless’, kata lainnya, tidak mempunyai pegawai imegresen di setiap border (jangan harap 5 negara kau pergi, 5 cop imigresen kau dapat ! )
  • Bagi pengembara dari malaysia, anda bole mendiami sebahagian besar negara² di Benua Eropah minimum 3 bulan tanpa visa
  • Menggabungkan pelbagai sudut alam termasuklah kemodenan, alam semulajadi, sejarah, teknologi dan sebagainya.
  • Agama majoriti adalah Kristian, tetapi, agama yang membangun adalah Islam, bukan masalah besar untuk solat dan mencari makanan halal
  • Matawang Euro (€), melainkan Switzerland yang menggunakan (CHF-Swis Frank)

Itinerary dan Detail Pengembaraan

Detail pengembaraan kita untuk projek awal ini cukup simple, sebelum kita rumit kan untuk next² projek, yang penting, anda ready je. Jika anda yang saya cari, saya asah dan jadikan lebih hebat dari saya, insan yang suka menyumbang kepada masyarakat.

Paris : PERANCIS
Brussel : BELGIUM
Amsterdam : BELANDA
Cologne, Frankfurt, Stuttgart, Titisee : GERMAN
Lucern, Titlis : SWITZERLAND

Kombinasi konsep misi pengembaraan kite cukup unik dan lengkap, bermula dari melawat monument² tinggalan sejarah, hinggalah menikmati keindahan alam flaura dan fauna !

Paris, Kota Cinta !
Brussel, Capital of Europe !
Amsterdam, Bandar Bawah Laut !
Titisee, Keindahan Black Forest !
Mountain Titlis, Snow Adventure dan Scenery!

Hari Destinasi Catatan
1 Paris Arrival dan taklimat serta ta’aruf
• Eiffel tower di waktu malam*
• Transfer ke hotel dan berehat
• Hotel di Paris/Marne La Vallée
2 Paris City Tour/Shopping Experience

• Paris tour (Eiffel Tower, Arc De Triomphe, Champ Elysées, Musée du Louvre, Notre Dame, Lunch dan Solat di Central Mosque*)
• Hotel di Paris/Marne La Vallée/

3 Brussel City Tour/Souvenir

• Bergambar di Disneyland*, Bergerak ke Bandar Brusssel
• Brussel tour (Atomium, Mini Europe,City Centre, Lunch, Solat di Central Mosque)
• Hotel di direction to Amsterdam (Anvers/Breda/Amersfoort)

4 Amsterdam City Tour/Sesi Bergambar

• Bergerak ke Bandar Amsterdam
• Amsterdam tour (Zaanse Schans, Volendam*, Lunch dan solat di Zaandam Mosque, Amsterdam City Centre, I Amsterdam, Keukenhof**)
• Hotel di Amsterdam/Amersfoort/Arnhem

5 Cologne/Frankfurt//Mannheim/Stuttgart City Tour/Shopping Outlet

• Sambungan Amsterdam tour*
• Meneruskan perjalanan ke Frankfurt
• Lunch dan Solat di Islamic Cultural Mosque Cologne, Cologne tour*
• Mercedes Museum
• Bermalam di Frankfurt/Manheim/Stuttgard

6 Heidelberg/Titisee/Rheinfall/Engelberg City Tour/Natural

• Heidelberg*, Outlet Stuttgard, lunch dan solat di Outlet Stuttgard
• Bergerak ke Titisee* dan Rheinfall
• Bermalam di Engelberg

7 Titilis/Lucern/Zurich City Tour/Snow adventure/Scenery

• Bergerak ke Mt Titlis, activity snow adventure
• Lunch dan Solat di Lucerne, Lucern tour ( Old Town Chapel Bridge, Lucerne Lake, Bucherer)
• Bergerak ke Airport Zurich

*Setiap perubahan, akan diberitahu awal

Ini adalah detail bayangan misi pengembaraan kita, secara ringkas setiap tempat kita pergi akan ada aktiviti :

  • Taklimat ringkas dan bacaan doa
  • Penceritaan serba sedikit sejarah lokaliti
  • Shopping experience(branded/souvenir)
  • City Tour ( Perkenalan kepada landmark²)
  • Aktiviti bergambar/video
  • Pendedahan tentang lalu lintas dan cara pemanduan
  • Pendedahan tentang spot² menarik serta spot² untuk parking dan berhenti
  • Perkongsian pengalaman training coordinator di lokaliti.

Pengorbanan(setiap kejayaan, datangnya dari pengorbanan)

  • Masa : ( 7 Hari 6 Malam )
  • Kos pengajian dan pengurusan, penginapan, pengangkutan, barang asas masak bersama²)
  • Lain² : Selain dari ini, semua dari pihak anda ( flight dari malaysia, kos peribadi, insuran, cenderahati etc
    Ini semua adalah sebuah pelaburan yang mana anda tidak akan pernah rugi, kerana nilai pengalaman yang cukup berharga, saya tidak menjanjikan bulan dan bintang, tapi Allah menetapkan kejayaan kita bergantung kepada usaha masing², insyaAllah
  • Bagi kami selaku training coordinator, kami sentiasa buat yang terbaik untuk anda dan masyarakat

Syarat² Peserta

  • Berani ! Leadership ! Ramah ! Multitasking ! Aktif ! Bertenaga ! Bertolak-ansur ! Independent ! Matang !
  • Suka dan minat sharing pengalaman melalui gambar², video² dan catatat² pengembaraan
  • Jenis hati kental, mengembara ni wahai sahabat, tak bole hati kecik
  • Jenis suka pada fakta dan sejarah
  • Mempunyai lesen memandu dan berumur 25 tahun dan keatas
  • Mempunyai kad kredit
  • Lelaki dan Bujang ! ( tapi, kalau wanita atau yang sudah berkeluarga, kita adjust yang terbaik nanti)
  • Syarat² ini disusun secara flexible dalam menjaga kemaslahatan semua pihak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *