Kia Ora!
100% Pure New Zealand
- Sebuah negara kecil bersaiz seperti Great Britain dan Jepun, yang secara geografinya terbahagi kepada North Island dan South Island
- Merupakan antara negara terakhir dijumpai dan didiami manusia, dengan populasi terkini hanya 4.5 juta orang
- Bahasa rasmi: English dan Maori
- Matawang: Dolar New Zealand (NZD)
- Bandar terbesar adalah Auckland, manakala ibu negara adalah Wellington
- Zon masa: UTC+12; UTC+13 (DST+1) ketika musim panas
- Memberi status visa-free selama 3 bulan bagi pemegang passport Malaysia
- Terkenal dengan keindahan alam semulajadi dalam kepelbagaian bentuk muka bumi, selain menyediakan bermacam jenis aktiviti outdoor dan adventure
- Ground Training New Zealand melibatkan pengembaraan ke beberapa destinasi menakjubkan di South Island
Calon Tour Leader: Anda Berbeza Dari Yang Lain, Itu Yang Kami Cari
- Lelaki atau perempuan. Tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua (26 – 35 tahun). Yang penting, pandai hidup sendiri dan pandai jaga diri.
- Fokus – Memilih untuk menyertai PTL bagi mencipta pengalaman berbeza dan luar biasa, bukannya atas tiket bercuti semata-mata.
- Multitasking – Berupaya melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa. Anda lah tour leader dan driver, anda juga photographer. Mungkin anda juga adalah author!
- Adventurous – Berjiwa besar, berani mengambil risiko dan suka mencuba sesuatu yang baru.
- Fleksibel – Mudah dibawa berbincang. Sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan, kejutan dan perubahan sepanjang perjalanan.
- Teamwork – Jenis tak lupa kawan. Gembira sama-sama, sedih pun sama-sama. Sepakat membawa berkat.
- Leadership – Boleh bertindak sebagai ahli yang baik dan meraikan pendapat orang lain, seterusnya mampu menjadi ketua yang baik dan bijak membuat sesuatu keputusan.
Ground Training New Zealand: Pengembaraan 9 Hari 8 Malam
Ground Training New Zealand melibatkan perjalanan selama 9 hari 8 malam bermula dari ketibaan di Christchurch (South Island) melalui penerbangan international. Country Coordinator akan memberikan tunjuk ajar berkenaan pembelian tiket penerbangan.
*Bermula Oktober 2019,rakyat Malaysia akan dikenakan visa untuk memasuki New Zealand’
Pengembaraan sebenar akan bermula di Christchurch, dan akan tamat juga di Christchurch. Setiap tour leader akan diberikan tunjuk ajar membawa tour di New Zealand. Transportation yang akan digunakan ialah MPV. Kita akan tidur, berehat malah memasak di Apartments ataupun Motel. Travel secara fleksibel, bila-bila masa boleh berhenti di lookout point dan menerokai keindahan bumi New Zealand.
Tour leader berpeluang berinteraksi dan berbincang mengenai perancangan perjalanan pada setiap hari. Perkongsian pengalaman dan percambahan idea bersama ahli kumpulan akan membantu membina karakter untuk menjadi tour leader yang terbaik.
Itinerary
Day 1 Christchurch
Day 2 Lake Tekapo
Day 3 Mount Cook & Wanaka
Day 4 Queenstown & Glenorchy
Day 5 Queenstown & Te Anau
Day 6 Milford Sound & Waihola
Day 7 Tunnel Beach & Dunedin & Oamaru
Day 8 Oamaru & Christchurch
Day 9 Christchurch
Kos Pengembaraan: Harga Sebuah Pengalaman
Kos termasuk:
- Accommodation
- Transportation
- Travel Insurance
- Fascinating Journey more than 1000km!
- Training Session with Country Coordinator
Kos tidak termasuk:
- Flight Ticket
- Fuel & Parking
- Attraction Fee(mostly free!)
- Visa
- Meals
- Sim card
* Itinerari perjalanan adalah tertakluk kepada sebarang perubahan. Sila berhubung dengan koordinator anda bagi mendapatkan maklumat terkini.
Foto Training TL201 2019