Switzerland & Italy

Bonjour ! Hallo ! Buongiorno ! Buenos dias !

Penerangan Lokasi/Negara

Secara umum, benua Eropah adalah benua yang cukup unik :

  • Mempunyai banyak negara
  • Negara² yang tidak besar (tidak hairan para pengembara kita mampu untuk mengembara 6 negara dalam mase 7-8 hari hah !)*lagipon, kite kan kalau boleh, seminggu nak mengembara 16 negara ! ceit !
  • ‘Borderless’, kata lainnya, tidak mempunyai pegawai imegresen di setiap border (jangan harap 5 negara kau pergi, 5 cop imigresen kau dapat ! )
  • Bagi pengembara dari malaysia, anda bole mendiami sebahagian besar negara² di Benua Eropah minimum 3 bulan tanpa visa
  • Menggabungkan pelbagai sudut alam termasuklah kemodenan, alam semulajadi, sejarah, teknologi dan sebagainya.
  • Agama majoriti adalah Kristian, tetapi, agama yang membangun adalah Islam, bukan masalah besar untuk solat dan mencari makanan halal
  • Matawang Euro (€), melainkan Switzerland yang menggunakan (CHF-Swis Frank)

Itinerary dan Detail Pengembaraan

Day 1 : Briefing, Rheinfall
Day 2 : Zurich + Bern + Interlaken
Day 3 : Interlaken, Lauterbrunen, Grinderwald
Day 4 : Blausse, Kandersteg Interlaken
Day 5 : Mount Titlis + Lucern + Lugano
Day 6 : Milan
Day 7 : Pisa + Florence
Day 8 : Rome by train
Day 9 : Venice
Day 10 : Venice, Free and easy Departure

Kombinasi konsep misi pengembaraan kite cukup unik dan lengkap, bermula dari melawat monument² tinggalan sejarah, hinggalah menikmati keindahan alam flaura dan fauna !

*Setiap perubahan, akan diberitahu awal

  • Taklimat ringkas dan bacaan doa
  • Penceritaan serba sedikit sejarah lokaliti
  • Shopping experience(branded/souvenir)
  • City Tour ( Perkenalan kepada landmark²)
  • Aktiviti bergambar/video
  • Pendedahan tentang lalu lintas dan cara pemanduan
  • Pendedahan tentang spot² menarik serta spot² untuk parking dan berhenti
  • Perkongsian pengalaman training coordinator di lokaliti.

Pengorbanan(setiap kejayaan, datangnya dari pengorbanan)

  • Masa : ( 10 Hari 9 Malam )
  • Kos pengajian dan pengurusan, penginapan, pengangkutan, barang asas masak bersama²)
  • Lain² : Selain dari ini, semua dari pihak anda ( flight dari malaysia, kos peribadi, insuran, cenderahati etc
    Ini semua adalah sebuah pelaburan yang mana anda tidak akan pernah rugi, kerana nilai pengalaman yang cukup berharga, saya tidak menjanjikan bulan dan bintang, tapi Allah menetapkan kejayaan kita bergantung kepada usaha masing², insyaAllah
  • Bagi kami selaku training coordinator, kami sentiasa buat yang terbaik untuk anda dan masyarakat

Syarat² Peserta

  • Berani ! Leadership ! Ramah ! Multitasking ! Aktif ! Bertenaga ! Bertolak-ansur ! Independent ! Matang !
  • Suka dan minat sharing pengalaman melalui gambar², video² dan catatat² pengembaraan
  • Jenis hati kental, mengembara ni wahai sahabat, tak bole hati kecik
  • Jenis suka pada fakta dan sejarah
  • Mempunyai lesen memandu dan berumur 25 tahun dan keatas
  • Mempunyai kad kredit
  • Lelaki dan Bujang ! ( tapi, kalau wanita atau yang sudah berkeluarga, kita adjust yang terbaik nanti)
  • Syarat² ini saya susun secara flexible dalam menjaga kemaslahatan semua pihak

Akhir kata, jika anda yang saya cari, jangan pernah lepas kan peluang keemasan ini, kerana peluang tidak datang berulang kali, setiap manusia boleh berubah jika di beri peluang, dan ini lah peluang anda !