𝐏𝐓𝐋 𝐑𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐎𝐔𝐑 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋
22 Julai 2025 | Bangi, Selangor

Projek Tour Leader (PTL) hari ini melakar satu lagi pencapaian penting apabila berjaya menghimpunkan wakil-wakil syarikat pelancongan tanah air dalam Majlis Taklimat & Menandatangani Surat Kerjasama Industri PTL – Rakan Industri bagi sesi 2025/2026.

Majlis yang berlangsung di Pejabat Urusan PTL Bangi itu menyaksikan kehadiran wakil agensi pelancongan termasuk pengusaha outbound dan pengendali umrah. Majlis ini turut menampilkan perkongsian eksklusif daripada Pengasas PTL, Dr. Irwan Dahnil, yang membentangkan hala tuju program pembangunan bakat Tour Leader bagi tahun 2025/2026.

Menurut Dr. Irwan, kerjasama dengan industri amat penting untuk memastikan bakat di bawah Projek Tour Leader benar-benar bersedia dan memenuhi keperluan sebenar lapangan.

“Kami percaya, ekosistem pelancongan hanya akan berkembang jika institusi latihan dan pihak industri berjalan seiring. Tour Leader bukan sekadar pengiring pelancong, tetapi duta kecil negara yang membawa imej profesionalisme,” jelas beliau.

Antara intipati kerjasama yang dimeterai termasuk peluang penempatan Tour Leader bertauliah dalam trip outbound, penyertaan agensi dalam program latihan, serta sokongan terhadap inisiatif pemerkasaan bakat pelancongan di peringkat global.

Majlis ini turut menyaksikan majlis menandatangani dokumen dan simbolik penyerahan Sijil PTL Industry Partner 2025/2026 kepada rakan industri.
Majlis diakhiri dengan sesi jaringan profesional membuka ruang kepada semua pihak untuk terus berkolaborasi dalam membentuk standard baharu dunia Tour Leading di Malaysia.
 

Be Our Partner.

Our mission is to collaborate with travel agencies in Malaysia to foster a lifelong partnership.

  • To support Travel Agency in creating faster and commercial open trip package.
  • We can assist to develop tour leaders and groom the new talent for travel agency needs.
  • We can help you agency to select tour leaders who are qualified and experience to lead your outbound trips.
  • To promote and market travel agency’s products and packages.
  • We are welcome all travel agency who are interested to get in touch

Travel Agent Industry Partnership 2025/2026

DOWNLOAD PARTNERSHIP INFORMATION SHEET