Latarbelakang Kursus
Kursus ini memberi kesedaran tentang pentingnya persediaan sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan sesuatu rombongan pelancongan. Peserta akan diberi kerja kursus secara teori dan amali tentang isu-isu berkaitan pengurusan rombongan pelancongan, pengendalian pelancong dalam rombongan dan kertas kerja yang perlu disediakan semasa rombongan berlangsung. Kursus ini akan membantu peserta menjalankan tugas sebagai tour leader dengan baik dan efisyen.
Objektif Kursus
Kursus ini akan memberi pendedahan kepada peserta dengan fungsi-fungsi dan keperluan pra dan semasa pelancongan, pelan kontigensi semasa lawatan berlangsung serta memberi pendedahan mengenai keperluan lengkap dalam menguruskan sesebuah lawatan. Diharapkan selepas tamat pengajian peserta akan dapat menguasai kemahiran dan diserap masuk ke syarikat sebagai seorang teour leader yang berkelayakan.
Hasil Kursus
- Membuat persediaan sebelum membawa rombongan
- Mengetahui fungsi dan tugas sebagai ketua rombongan
- Mengetahui tanggungjawab dan bidang kuasa seorang ketua rombongan
- Mengaplikasikan kemahiran kursus dalam kerja
- Memulakan karier sebagai seorang ketua rombongan pelancongan
Modul Kursus
1. Persediaan Sebelum Rombongan (Pre-Tour)
- Membuat Verifikasi Itinerari
- Membuat Verifikasi Ahli Rombongan
- Mengumpul Dokumen Ahli Rombongan
- Mengira Dan Mengumpul Wang Untuk Lawatan
- Membuat Dokumentasi Perjalanan
- Mengesahkan Tempat Lawatan
- Menyediakan Tips Perjalanan
- Mengesahkan Tempat Tinggal Ahli Rombongan
2. Taklimat Kelengkapan Kesihatan, Keselamatan Dan Kecemasan
- Memberi Taklimat Kesihatan Pelancong
- Memberi Taklimat Keselamatan Perjalanan
- Memberi Taklimat Keselamatan Pengangkutan
- Memberi Taklimat Pertolongan Cemas
- Memberi Taklimat Semasa Di Lapangan Terbang
3. Pengendalian Perjalanan
- Membuat Persediaan ‘Meet And Greet’
- Membantu Ahli Rombongan Check-In Dan Check-Out
- Melakukan Ucapan Pertemuan Dengan Ahli Rombongan
- Melakukan Komentari Tentang Tempat-Tempat Lawatan
- Membuat Pengesahan Tempahan Tempat Tinggal
- Menyediakan Bajet Kos Untuk Lawatan
- Mempromosikan Produk Tempat-Tempat Lawatan
5. Pengendalian Hal-Hal Kecemasan
- Pengendalian Kehilangan Ahli / Barang
- Pengendalian Kemalangan Semasa Lawatan
- Pengendalian Soal Kenderaan Pengangkutan Rosak
- Pengendalian Kontingensi Lawatan
6. Dokumentasi Selepas Lawatan
- Laporan Akaun Lawatan
- Laporan Selepas Lawatan
- Laporan Percanggahan Lawatan
- Laporan Maklumbalas Ahli Rombongan
- Laporan Taklimat Destinasi/Itinerari Baru
- Program CTRE
Persijilan & Mode Latihan
Latihan dijalankan secara mode Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) membabitkan dua situasi pembelajaran iaitu 80 peratus latihan praktikal melalui agensi pelancongan dan 20 peratus latihan teori di Pusat Bertauliah Awesome Nomad. Selepas tamat latihan, peserta menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tour Leader Tahap 3 disamping tawaran pilihan untuk latihan penempatan luar negara atau berkhidmat di syarikat sebagai Tour Leader.
Kemaskini Maklumat Kemasukan
Syarat kemasukan akan dikemaskini. Batch 2023 dijangka akan bermula pada Mei 2023.